umum SELAMAT DATANG MURID BAHARU SM SAINS BANTING

Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memungkinkan kita bertemu lagi pada sesi baru 2018. Sepanjang tahun 2017 pelbagai kejayaan dan anugerah di peringkat negeri, kebangsaaan dan antarabangsa telah dicapai oleh SMS BANTING (BASIS) dan sudah tentu kejayaan cemerlang ini merupakan hasil usaha, komitmen yang tinggi dan pengorbanan tanpa batas oleh semua warga BASIS. Kita ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga BASIS atas kejayaan ini. Pada tahun 2018 ini, kita sudah berada di tahun ke-3 dalam gelombang ke-2 PPPM dan kita sudah mula melaksanakan Pelan Strategik Sekolah lima tahun yang kita bentuk tahun lepas. Dialog prestasi dan sesi muhasabah akan terus dilakukan antara pengurusan, warga sekolah dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan kita berada di landasan yang betul bagi mencapai visi dan misi sekolah.

Pada tahun 2018 ini kita bakal menghadapi cabaran lebih besar lagi. Tema tahun 2017 ‘Moving Forward to the New Era’ akan diteruskan pada 2018 sebenarnya menjelaskan tentang era baru yang lebih mencabar selepas 6 tahun BASIS menapak di bumi tercinta ini. Tema ini adalah ‘tagline’ yang memperkukuhkan lagi moto keramat ‘Inspiring Excellence, Leading Others’ yang digunakan sebagai landasan sejak BASIS ditubuhkan 6 tahun dulu. Kita harap momentum kejayaan yang telah dicapai sebelum ini dapat diteruskan oleh semua warga BASIS. Dengan pelbagai kekangan yang ada, budaya berfikir dan budaya bekerja kita perlu berubah. Kita perlu sentiasa memikirkan jalan dan mekanisme terbaik untuk menuai hasil yang terbaik baik dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga kepimpinan. ‘We do ordinary things extraordinarily to produce extraordinary results’.

Mudah-mudahan Allah SWT membantu dan memudahkan segala urusan kita untuk melaksanakan dan menghasilkan yang terbaik.

Inspiring Excellence, Leading Others.
Moving Forward to the New Era.

Aktiviti Terkini

Program dan aktiviti BASIS

02 Januari Sekolah bermula
03 – 04 Januari Latihan Larian Perdana

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila ajukan kepada kami melalui borang online ini.

Tidak Jelas? Klik Di Sini.

Start typing and press Enter to search