Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah ( KESUMA ) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang perlaksanaan Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, murid- murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepimpinan kepada murid- murid yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.
Pada tahun ini, SM Sains Banting terpilih sebagai Pengelola KESUMA peringkat Kebangsaan siri II yang melibatkan hampir 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia pada 26 hingga 28 Mac 2016. Semoga kursus ini akan berjalan lancar dan memberi manfaat pada semua peserta.