XtraVaganza 2016

Program XtraVaganza adalah satu inisiatif Jawatankuasa Kurikulum SM Sains Banting dalam merangka kecemerlangan akademik untuk calon-calon PT3 dan SPM 2016. Program yang bersifat kelas tambahan dan klinik matapelajaran dirancang mengikut kesesuaian takwim dan melibatkan semua panitia.

Program XtraVaganza ini melibatkan murid murid yang berpotensi berdasarkan markah peperiksaan akhir tahun masing-masing. Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil.

Kejohanan Kriket Inter SBP Zon Tengah 2016

Kejohanan Kriket inter SBP Zon Tengah 2016 berlangsung dari 25 hingga 28 Februari 2016 di tiga buah padang iaitu padang SM Sains Banting, padang Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dan padang Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

Kejohanan kali ini disertai 8 buah Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor, SM Sains Selangor, SBPI Rawang, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SM Sains Banting.

Program Platinum 1: JumpStart AddMath

Program Platinum adalah satu inisiatif Jawatankuasa Kurikulum SM Sains Banting dalam merangka kecemerlangan akademik untuk calon-calon SPM 2016. Program yang bersifat kelas tambahan dan klinik matapelajaran dirancang mengikut kesesuaian takwim dan melibatkan semua panitia.

Program Platinum 1 dimulakan oleh Panitia Matematik Tambahan seawal bulan Januari 2016. Program Platinum 1: JumpStart AddMath melibatkan ulangkaji topik topik pilihan tingkatan 4. Program ini berlangsung dari Jumaat, 15 Januari sehingga Ahad, 17 Januari 2016. Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil.

KESUMA 2016

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah ( KESUMA ) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang perlaksanaan  Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, murid- murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepimpinan kepada murid- murid  yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.

Pada tahun ini, SM Sains Banting terpilih sebagai Pengelola KESUMA peringkat Kebangsaan siri II yang melibatkan hampir 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia pada 26 hingga 28 Mac 2016. Semoga kursus ini akan berjalan lancar dan memberi manfaat pada semua peserta.