Iftar Perdana 1437

Iftar Perdana atau Iftar Jamaie adalah satu program tahunan pada bulan Ramadhan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis berbuka puasa beramai-ramai di dataran bola keranjang antara anak-anak murid bersama ibu bapa angkat masing-masing di bawah program Keluargaku.

Kemeriahan dan suasana mesra antara anak-anak murid  dan ibu bapa angkat masing-masing moga sentiasa berterusan.

13580435_1019785571436366_7165777190095463710_o

 

BASIS Pengelola HKSBP44

SM Sains Banting secara rasminya mengambil alih peranan sebagai Pengelola Utama program paling berprestij bagi Sekolah Berasrama Penuh, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke 44 (HKSBP44) pada tahun 2017 nanti.

Penyerahan bendera kepada Tuan Pengetua SM Sains Banting sebagai simbolik penyerahan tugas pada malam kemuncak HKSBP43 lalu. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

13315748_1000085350073055_5041628907766759233_n

HKSBP43: BASIS layak ke peringkat akhir

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke 43 yang berlangsung dari 20 hingga 27 Mei 2016 mencatat kenangan yang cukup manis dan bermakna apabila pasukan bahas Bahasa Melayu layak ke peringkat akhir pertandingan bahas Bahasa Melayu. BASIS akan menentang Kolej Tunku Kursiah pada bulan Julai nanti untuk merebut piala paling berprestij dalam pertandingan bahas Sekolah Berasrama Penuh, Piala Perdana Menteri.
Manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris mencatatkan keputusan yang cukup baik kerana berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik daripada 63 buah Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara.

Tahniah dan syabas kepada semua pembahas, guru pengiring, jurulatih dan penyokong yang tidak jemu mendoakan kejayaan. Moga Piala Perdana Menteri ini bakal menjadi milik kita. Insyallah.