All posts by Zefry Hanif Borhan

Hari Muafakat 2016

Pada 1 Julai 2016 (Jumaat) bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari telah diadakan Hari Muafakat 2016. Hari Muafakat merupakan platform terbaik untuk ibubapa dan guru membincangkan prestasi akademik dan sahsiah anak anak. Semoga perbincangan aktif guru-ibubapa-murid bakal menghasilkan yang terbaik untuk anak anak ini.

Education is a shared commitment between dedicated teachers, motivated students and enthusiastic parents with high expectations.
– Bob Beauprez

13559196_1020175104730746_5243831403795019288_o

Iftar Perdana 1437

Iftar Perdana atau Iftar Jamaie adalah satu program tahunan pada bulan Ramadhan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis berbuka puasa beramai-ramai di dataran bola keranjang antara anak-anak murid bersama ibu bapa angkat masing-masing di bawah program Keluargaku.

Kemeriahan dan suasana mesra antara anak-anak murid  dan ibu bapa angkat masing-masing moga sentiasa berterusan.

13580435_1019785571436366_7165777190095463710_o

 

BASIS Pengelola HKSBP44

SM Sains Banting secara rasminya mengambil alih peranan sebagai Pengelola Utama program paling berprestij bagi Sekolah Berasrama Penuh, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke 44 (HKSBP44) pada tahun 2017 nanti.

Penyerahan bendera kepada Tuan Pengetua SM Sains Banting sebagai simbolik penyerahan tugas pada malam kemuncak HKSBP43 lalu. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

13315748_1000085350073055_5041628907766759233_n

HKSBP43: BASIS layak ke peringkat akhir

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke 43 yang berlangsung dari 20 hingga 27 Mei 2016 mencatat kenangan yang cukup manis dan bermakna apabila pasukan bahas Bahasa Melayu layak ke peringkat akhir pertandingan bahas Bahasa Melayu. BASIS akan menentang Kolej Tunku Kursiah pada bulan Julai nanti untuk merebut piala paling berprestij dalam pertandingan bahas Sekolah Berasrama Penuh, Piala Perdana Menteri.
Manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris mencatatkan keputusan yang cukup baik kerana berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik daripada 63 buah Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara.

Tahniah dan syabas kepada semua pembahas, guru pengiring, jurulatih dan penyokong yang tidak jemu mendoakan kejayaan. Moga Piala Perdana Menteri ini bakal menjadi milik kita. Insyallah.

Kejohanan Ragbi MSSN Selangor 2016

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Negeri Selangor berlangsung pada 25 hingga 27 Mei 2016 di SMK Telok Panglima Garang dan SMK Telok Datok. Tahniah pasukan ragbi bawah 18 tahun SM Sains Banting yang membawa panji daerah Kuala Langat sehingga layak berentap di pentas akhir menentang pasukan dari daerah Klang.

Moga kejayaan sebagai NAIB JOHAN CUP menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Syabas dan terima kasih atas pengorbanan pemain, didikan dan bimbingan jurulatih, cikgu Nur Nashuha Shafain dan cikgu Rodzaly bin Othman.

BASIS Johan Pidato Piala Tunku Kursiah

Pidato Piala Tunku Kursiah telah berlangsung pada 17 April 2016 yang lalu di Universiti Malaya. SM Sains Banting merangkul gelaran johan dengan mengalahkan pemidato pemidato hebat dari sekolah lain dengan membawa pulang wang tunai RM1000, piala pusingan dan sijil

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Amyra Ashiqin bt Zainoel Abidin yang telah mengharumkan nama sekolah. Kejayaan  ini dicatatkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 18 April 2016 di ruangan Setempat.

13015486_977666368981620_6819956207457279033_n

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2016

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan pada 3 Mac ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau akan mengumumkan keputusan tersebut di sebuah sekolah yang meraih prestasi akademik cemerlang di peringkat kebangsaan.

“Pengumuman keputusan itu akan dibuat oleh saya sendiri di sebuah sekolah yang berjaya meraih prestasi cemerlang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Untuk calon-calon SPM SM Sains Banting, keputusan boleh didapatkan di Dewan al Khawarizmi pada 3 Mac 2016 bermula jam 10 pagi.

Semakan melalui SMS boleh dilakukan dengan menaip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

XtraVaganza 2016

Program XtraVaganza adalah satu inisiatif Jawatankuasa Kurikulum SM Sains Banting dalam merangka kecemerlangan akademik untuk calon-calon PT3 dan SPM 2016. Program yang bersifat kelas tambahan dan klinik matapelajaran dirancang mengikut kesesuaian takwim dan melibatkan semua panitia.

Program XtraVaganza ini melibatkan murid murid yang berpotensi berdasarkan markah peperiksaan akhir tahun masing-masing. Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil.

Kejohanan Kriket Inter SBP Zon Tengah 2016

Kejohanan Kriket inter SBP Zon Tengah 2016 berlangsung dari 25 hingga 28 Februari 2016 di tiga buah padang iaitu padang SM Sains Banting, padang Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dan padang Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

Kejohanan kali ini disertai 8 buah Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor, SM Sains Selangor, SBPI Rawang, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SM Sains Banting.