Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan pada 3 Mac ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau akan mengumumkan keputusan tersebut di sebuah sekolah yang meraih prestasi akademik cemerlang di peringkat kebangsaan.
“Pengumuman keputusan itu akan dibuat oleh saya sendiri di sebuah sekolah yang berjaya meraih prestasi cemerlang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Untuk calon-calon SPM SM Sains Banting, keputusan boleh didapatkan di Dewan al Khawarizmi pada 3 Mac 2016 bermula jam 10 pagi.
Semakan melalui SMS boleh dilakukan dengan menaip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.