Pidato Piala Tunku Kursiah telah berlangsung pada 17 April 2016 yang lalu di Universiti Malaya. SM Sains Banting merangkul gelaran johan dengan mengalahkan pemidato pemidato hebat dari sekolah lain dengan membawa pulang wang tunai RM1000, piala pusingan dan sijil
Tahniah diucapkan kepada adik Nur Amyra Ashiqin bt Zainoel Abidin yang telah mengharumkan nama sekolah. Kejayaan ini dicatatkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 18 April 2016 di ruangan Setempat.
