Category Archives: Hal Ehwal Murid

Iftar Perdana 1437

Iftar Perdana atau Iftar Jamaie adalah satu program tahunan pada bulan Ramadhan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis berbuka puasa beramai-ramai di dataran bola keranjang antara anak-anak murid bersama ibu bapa angkat masing-masing di bawah program Keluargaku.

Kemeriahan dan suasana mesra antara anak-anak murid  dan ibu bapa angkat masing-masing moga sentiasa berterusan.

13580435_1019785571436366_7165777190095463710_o

 

KESUMA 2016

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah ( KESUMA ) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang perlaksanaan  Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, murid- murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepimpinan kepada murid- murid  yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.

Pada tahun ini, SM Sains Banting terpilih sebagai Pengelola KESUMA peringkat Kebangsaan siri II yang melibatkan hampir 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia pada 26 hingga 28 Mac 2016. Semoga kursus ini akan berjalan lancar dan memberi manfaat pada semua peserta.