All posts by Zefry Hanif Borhan

Program Platinum 1: JumpStart AddMath

Program Platinum adalah satu inisiatif Jawatankuasa Kurikulum SM Sains Banting dalam merangka kecemerlangan akademik untuk calon-calon SPM 2016. Program yang bersifat kelas tambahan dan klinik matapelajaran dirancang mengikut kesesuaian takwim dan melibatkan semua panitia.

Program Platinum 1 dimulakan oleh Panitia Matematik Tambahan seawal bulan Januari 2016. Program Platinum 1: JumpStart AddMath melibatkan ulangkaji topik topik pilihan tingkatan 4. Program ini berlangsung dari Jumaat, 15 Januari sehingga Ahad, 17 Januari 2016. Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil.

KESUMA 2016

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah ( KESUMA ) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang perlaksanaan  Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, murid- murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepimpinan kepada murid- murid  yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.

Pada tahun ini, SM Sains Banting terpilih sebagai Pengelola KESUMA peringkat Kebangsaan siri II yang melibatkan hampir 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia pada 26 hingga 28 Mac 2016. Semoga kursus ini akan berjalan lancar dan memberi manfaat pada semua peserta.

Ringkasan Maksud Reka Grafik Lencana BASIS

Berikut adalah sedikit penerangan berkenaan maksud rekagrafik Lencana SM Sains Banting.

Maksud Warna Pada Lencana

  • Warna Hijau:
    • Warna Ketuhanan dan Keagamaan.
    • Warna kesegaran, kesuburan, kedamaian dan ketenangan
  • Warna Ungu:
    • Membawa maksud kepercayaan yang dalam dan harga diri yang tinggi.
    • Warna ungu dapat melahirkan suasana tidak menakutkan, tiada merasa kekerasan, tiada kemarahan, tenang, segar dan elegant.
    • Membawa maksud Keunggulan dan Ketinggian ilmu ,aspirasi yang tinggi dan lain-lain.
  • Warna Kuning
    • Warna kuning dalam masyarakat Malaysia melambngkan warna raja berdaulat , keemasan, kejayaan dan kekuasaan.
    • Juga membawa maksud perundangan dan perlembagaan negara diberi keutamaan.
    • Kuning juga membawa maksud keriangan dan kemeriahan.
  • Warna Perang (Orange)
    • Perang membawa maksud minat pada tugas (kerjaya), pencapaian dalam karier dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
    • Selain itu perang juga membawa maksud keadilan, daya tahan, kegembiraan, gerak cepat dan sesuatu yang tumbuh.

Selebihnya, muat turun Jurnal Lencana SM Sains Banting di sini.