Category Archives: Kokurikulum

HKSBP43: BASIS layak ke peringkat akhir

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke 43 yang berlangsung dari 20 hingga 27 Mei 2016 mencatat kenangan yang cukup manis dan bermakna apabila pasukan bahas Bahasa Melayu layak ke peringkat akhir pertandingan bahas Bahasa Melayu. BASIS akan menentang Kolej Tunku Kursiah pada bulan Julai nanti untuk merebut piala paling berprestij dalam pertandingan bahas Sekolah Berasrama Penuh, Piala Perdana Menteri.
Manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris mencatatkan keputusan yang cukup baik kerana berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik daripada 63 buah Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara.

Tahniah dan syabas kepada semua pembahas, guru pengiring, jurulatih dan penyokong yang tidak jemu mendoakan kejayaan. Moga Piala Perdana Menteri ini bakal menjadi milik kita. Insyallah.

Kejohanan Ragbi MSSN Selangor 2016

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Negeri Selangor berlangsung pada 25 hingga 27 Mei 2016 di SMK Telok Panglima Garang dan SMK Telok Datok. Tahniah pasukan ragbi bawah 18 tahun SM Sains Banting yang membawa panji daerah Kuala Langat sehingga layak berentap di pentas akhir menentang pasukan dari daerah Klang.

Moga kejayaan sebagai NAIB JOHAN CUP menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Syabas dan terima kasih atas pengorbanan pemain, didikan dan bimbingan jurulatih, cikgu Nur Nashuha Shafain dan cikgu Rodzaly bin Othman.

BASIS Johan Pidato Piala Tunku Kursiah

Pidato Piala Tunku Kursiah telah berlangsung pada 17 April 2016 yang lalu di Universiti Malaya. SM Sains Banting merangkul gelaran johan dengan mengalahkan pemidato pemidato hebat dari sekolah lain dengan membawa pulang wang tunai RM1000, piala pusingan dan sijil

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Amyra Ashiqin bt Zainoel Abidin yang telah mengharumkan nama sekolah. Kejayaan  ini dicatatkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 18 April 2016 di ruangan Setempat.

13015486_977666368981620_6819956207457279033_n

Kejohanan Kriket Inter SBP Zon Tengah 2016

Kejohanan Kriket inter SBP Zon Tengah 2016 berlangsung dari 25 hingga 28 Februari 2016 di tiga buah padang iaitu padang SM Sains Banting, padang Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dan padang Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

Kejohanan kali ini disertai 8 buah Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor, SM Sains Selangor, SBPI Rawang, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SM Sains Banting.